PM baharu Thailand mulakan tugas setelah dapat perkenan diraja
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Lillian SUWANRUMPHA / AFP
BANGKOK: Srettha Thavisin secara rasminya menjadi Perdana Menteri baharu Thailand selepas mendapat perkenan diraja.
Encik Srettha yang berusia 61 tahun menerima titah bertulis dari Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai petang semalam (23 Ogos) - sehari selepas beliau mendapat sokongan daripada 482 Ahli Parlimen dalam satu persidangan bersama 747 Ahli Parlimen.
Beliau memberikan penghormatan kepada potret Raja sebagai tanda simbolik penerimaan Titah Diraja untuk menjadi perdana menteri.
"Saya, Srettha Thavisin, ingin berkhidmat sebagai perdana menteri yang berdedikasi dan bekerja keras, mendengar suara rakyat dan memajukan Thailand bagi mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita. Terima kasih," katanya selepas menerima perkenan diraja.
Encik Srettha dijangka akan mengumumkan barisan Kabinetnya dan mendapatkan perkenan diraja dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Beliau berjanji akan mempromosikan masyarakat inklusif, melaksanakan dasar-dasar untuk mengatasi cabaran negara dan membantu Thailand terus maju.
Beliau berkata Thailand berada di persimpangan penting, menghadapi pelbagai krisis dan masalah termasuk ekonomi dan ketidaksamaan pendapatan, cabaran dasar luar, rasuah, salah laku, dan ketidakadilan.
"Saya akan memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan rakyat. Saya percaya kita boleh membina masa depan yang lebih baik untuk negara kita dalam empat tahun yang akan datang," katanya.
Encik Srettha adalah Perdana Menteri dari kalangan masyarakat awam Thailand yang pertama dalam tempoh lebih sembilan tahun.
Beliau memimpin kerajaan gabungan 11 parti termasuk dua pesaing berkaitan dengan tentera: Parti Palang Pracharath (PPRP) dan United Thai Nation (UTN).
Gabungan berkenaan mempunyai 314 kerusi dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 500 anggota.
Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum dengan 141 kerusi, telah bersatu dengan dua parti yang disokong tentera untuk membentuk kerajaan dan mengakhiri kebuntuan politik selepas pilihan raya umum diadakan.
Sementara itu, Perdana Menteri sementara, Prayuth Chan o-cha, mengucapkan tahniah kepada Encik Srettha dan mendoakan kejayaan bagi beliau.

Sumber : AGENCIES/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.