Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Australia mungkin lancar siasatan berhubung saga kementerian sulit

Mantan PM Australia, Scott Morrison secara sulit mengangkat sumpah bagi lima kementerian penting semasa pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Australia mungkin lancar siasatan berhubung saga kementerian sulit

Mantan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison. (Gambar fail)

Diterbitkan : 21 Aug 2022 12:55PM Dikemas Kini : 21 Aug 2022 12:56PM
SYDNEY: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese pada Ahad (21 Ogos) berkata pemerintahnya boleh mempertimbangkan siasatan ke atas mantan Perdana Menteri Scott Morrison yang mengangkat sumpah secara rahsia bagi kementerian-kementerian penting semasa musim pandemik.

Encik Morrison, yang melepaskan jawatan sebagai pemimpin Parti Liberal selepas kalah dalam pilihan raya umum pada bulan Mei, secara sulit diangkat sumpah ke dalam lima kementerian penting semasa pandemik.

Dalam insiden yang pertama kali berlaku ini, ia sekali gus memberi kuasa kepadanya, menurut maklumat yang didedahkan minggu ini.

Tindakan itu dikritik pemerintah Buruh dan parti Morrison sendiri, tetapi mantan perdana menteri itu mempertahankan langkah-langkahnya itu atas dasar tanggungjawabnya sendiri kepada negara itu semasa pandemik.

Pada Ahad, Encik Albanese berkata pemerintah itu akan mendapatkan nasihat pada Isnin daripada Peguam Negara, pegawai undang-undang kedua tertinggi di negara itu, tentang sama ada tindakan Morrison sah atau tidak.

Encik Albanese berkata pemerintah juga akan mempertimbangkan siasatan dan perubahan bagi memastikan tindakan seumpama itu tidak boleh berulang.

"Kami memeriksa semua isu itu selepas kami mendapatkan nasihat Peguam Negara. Saya mengendalikan pemerintah kabinet yang betul, dan kami akan beri pertimbangan penuh kepadanya," kata Encik Albanese.

Beliau berkata meskipun Peguam Negara akan memberi nasihat berhubung isu guaman, masih ada isu-isu lebih meluas yang perlu disiasat.

Encik Albanese sebelum ini berkata Encik Morrison menyerang sistem pemerintah Westminster dengan melantik dirinya secara sulit ke dalam portfolio-portfolio itu, termasuk ehwal dalam negeri, perbendaharaan, kesihatan, kewangan dan sumber antara 2020 dengan 2021.
Encik Morrison berkata beliau tidak "mengambil alih" kementerian-kementerian itu, selepas diangkat sumpah oleh ketua gabenor, dan tiada kementerian campur tangan kecuali bagi satu insiden, di mana beliau menolak sebuah projek sumber.
Sumber : AP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan