Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Australia mengaku kalah dalam Pilihan Raya, parti Buruh bentuk pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
PM Australia mengaku kalah dalam Pilihan Raya, parti Buruh bentuk pemerintah

Gambar: Saeed KHAN / AFP
 

Diterbitkan : 21 May 2022 11:02PM Dikemas Kini : 21 May 2022 11:02PM

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, mengakui kekalahan pada Pilihan Raya Umum pada Sabtu (21 Mei) selepas "malam yang sukar" untuk pemerintah konservatifnya.

"Malam ini saya sudah bercakap dengan pemimpin pembangkang dan perdana menteri baru, Anthony Albanese, serta mengucapkan tahniah atas kemenangannya," kata beliau dalam ucapan yang disiarkan di Sydney.

Beliau menambah bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai ketua parti Liberal.

Pemimpin berusia 54 tahun itu berkata sokongan pengundi kepada parti utama sudah merosot dalam Pilihan Raya ini.

"Saya fikirkan tentang pergolakan yang berlaku di negara ini dan saya fikir adalah penting untuk negara ini pulih dan maju ke hadapan," kata beliau.

Encik Morrison sangat beremosi dan mengucapkan terima kasih kepada isterinya Cik Jennifer dan anak perempuan beliau.

"Saya tidak ragu-ragu bahawa di bawah kepimpinan kuat gabungan kami, tiga tahun dari sekarang saya menantikan kembalinya pemerintahan campuran."

Ini sekali gus menamatkan pentadbiran beliau selama lapan tahun dan sembilan bulan kuasa bagi gabungan konservatif Morrison. Beliau menjadi perdana menteri pada 2018 selepas beberapa perubahan kepada tampuk kepimpinan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa