PM Australia lawat wilayah Victoria, sedang krisis banjir berlarutan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: William West/AFP)
SYDNEY: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata pada Ahad (16 Okt) bahawa beliau akan melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir di wilayah Victoria, termasuk Melbourne.
Ini sedang tiga wilayah di negara itu terus bergelut dengan krisis banjir yang tercetus akibat hujan lebat selama beberapa hari.
Amaran kecemasan masih dikekalkan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir di wilayah Victoria, selatan New South Wales dan bahagian utara Tasmania sejak awal minggu ini.
Bencana alam itu kembali melanda Australia selepas beberapa wilayah di bahagian timur negara tersebut dilanda banjir yang dahsyat pada awal tahun ini. Ini sedang negara itu mengharungi fenomena cuaca La Nina buat tiga kali berturut-turut, yang membawa hujan lebat.
"Ini adalah fenomena cuaca yang sangat dahsyat, yang menjejas bukan saja masyarakat bandar tetapi juga masyarakat di merata Victoria," kata Encik Albanese dalam wawancara stesen radio ABC pada pagi Ahad (16 Okt).
Di wilayah Victoria di mana banjir yang melanda adalah yang paling teruk, perhatian ditumpukan kepada bahagian utara, terutama di bandar Shepparton. Para penduduk di sana diberitahu bahawa kini sudah terlambat untuk berpindah ke tempat selamat.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Victoria melaporkan korban jiwa pertama daripada bencana alam itu pada Sabtu (15 Okt) selepas mayat seorang lelaki dijumpai dalam air bah di Rochester, kira-kira 200 kilometer dari utara Melbourne.
Di Melbourne pula, kerja-kerja pembersihan dijalankan selepas tebing Sungai Maribyrnong pecah dan air sungai tersebut melimpah pada Jumaat (14 Okt), membanjiri pinggir bandar berhampiran dengan kawasan pusat perniagaan.
Encik Albanese berkata: "Kini terdapat 60 anggota Pasukan Pertahanan Australia di tempat kejadian, membantu usaha memindahkan penduduk, dengan meletakkan guni pasir untuk menyekat air banjir, menjalankan tugas mereka seperti yang biasanya dilakukan oleh Pasukan Pertahanan kita."

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.