PM Australia Anthony Albanese dipindah dari kediaman rasmi susuli 'insiden keselamatan'
Anggaran Waktu Membaca:
CANBERRA: Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dipindahkan dari kediaman rasminya di Canberra menyusuli satu “insiden keselamatan” pada Selasa (24 Feb), lapor Anadolu Ajansi (AA), yang menukil laporan media tempatan.
PM Albanese dipindahkan dari The Lodge dan pihak polis dihantar ke kediamannya, menurut laporan SBS News.
Beliau kemudian dibawa ke satu lagi lokasi selamat, menurut Sky News Australia.
Polis Persekutuan Australia memberi respons terhadap dakwaan “insiden keselamatan” itu pada Selasa malam.
“Pemeriksaan menyeluruh terhadap premis perlindungan dijalankan dan tiada sebarang unsur mencurigakan ditemui,” kata jurucakap polis seperti yang ditukil oleh 9News.
“Tiada ancaman semasa terhadap masyarakat atau keselamatan awam.”

Sumber : Bernama/Agensi berita/AY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.