Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Ardern positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
PM Ardern positif COVID-19

(Gambar: Jeff Tollan/APEC New Zealand 2021/AFP)

Diterbitkan : 14 May 2022 08:17AM Dikemas Kini : 14 May 2022 08:17AM

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern yang menyelia respons negara itu terhadap pandemik koronavirus diuji positif COVID-19. 

Demikian diumumkan oleh pejabatnya pada Sabtu (14 Mei). 

Cik Ardern mengalami gejala-gejala ringan dan akan mengasingkan diri di rumah selama tujuh hari, menurut satu kenyataan pemerintah. 

Beliau sudah mengasingkan diri sejak Ahad lalu (8 Mei) apabila pasangannya Clarke Gayford diuji positif dan beliau dijangka akan kembali bertugas pada Isnin (16 Mei). 

New Zealand menguatkuasakan salah satu langkah kawalan yang paling ketat di dunia untuk membendung penularan COVID-19 pada 2020 dan angka korban sebanyak 892 masih merupakan antara yang paling rendah bagi negara-negara maju. 

Namun, ia menyaksikan penularan varian Omicron sejak sekatan-sekatan dilonggarkan pada Mac, dengan kes positif Cik Ardern merupakan antara lebih 50,000 kes yang dilaporkan pada minggu lalu. 

Rancangan Cik Ardern bagi misi perdagangan ke Amerika Syarikat bagaimanapun tidak terjejas, menurut kenyataan tersebut. 

Perincian mengenai lawatannya itu bagaimanapun masih belum dimuktamadkan, dengan Cik Ardern dijadual akan menyampaikan ucapan di konvokesyen Universiti Harvard pada 26 Mei. 

Cik Ardern tidak akan menghadiri sidang parlimen bagi dua pengumuman domestik yang berprofil tinggi - pengumuman rancangan bagi mengurangkan pelepasan karbon pada Isnin (16 Mei) dan pembentangan belanjawan tahunan pada Khamis (19 Mei). 

"Ini adalah minggu yang penting bagi pemerintah dan saya berasa kecewa kerana tidak dapat menghadirinya," ujar Cik Ardern. 

"Rancangan bagi mengurangkan pelepasan karbon akan menetapkan hala tuju bagi mencapai sasaran sifar karbon dan belanjawan itu akan membincangkan masa depan dan keselamatan jangka panjang sistem kesihatan New Zealand.

"Namun, seperti yang saya katakan awal minggu ini, mengasingkan diri kerana COVID-19 merupakan pengalaman biasa bagi warga New Zealand tahun ini dan tiada bezanya bagi keluarga saya."

Cik Ardern turut berkongsi gambar hasil ujian  positifnya di Instagram. 

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa