PM Anwar yakin isu Petronas-Petros dapat dirungkai dengan berhemah
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Ahad (4 Mei) menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama.

Logo Petronas kelihatan di sebuah stesen minyak di Kuala Lumpur, Malaysia pada 4 September 2020. (Gambar fail: REUTERS/Lim Huey Teng)
Kedua-dua syarikat tersebut sebelum ini dilaporkan tidak sehaluan berkenaan hak kawal selia dan pengedaran gas di negeri Sarawak.
Encik Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan urusan Petronas-Petros sekembalinya Premier Sarawak Abang Johari Openg dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak.
“Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan Petronas-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.
“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” kata Encik Anwar menerusi hantaran di laman sosial beliau pada Ahad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.