Skip to main content

Dunia

 PM Anwar umum peruntukan RM25j untuk Sabah, Sarawak

Anggaran Waktu Membaca:
 PM Anwar umum peruntukan RM25j untuk Sabah, Sarawak

(Gambar fail: Philip Fong/AFP)

Diterbitkan : 31 Jan 2025 09:44PM Dikemas Kini : 31 Jan 2025 09:46PM
IPOH: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Jumaat (31 Jan) mengumumkan peruntukan segera RM25 juta (S$7.6 juta) untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak ketika ini.

PM Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

“Kalau banjir di Perak kita bagi satu keluarga RM1,000 (S$304). Di Sabah, Sarawak pun saya ada minta NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) segera luluskan dalam kadar segera RM1,000 ringgit bagi setiap keluarga mangsa banjir, kebakaran (dan) tanah runtuh.

“Kemudian kita siapkan beberapa puluh juta, katanya perlu RM20 juta (S$6 juta) atau RM25 juta segera untuk perbaiki kerosakan-kerosakan besar, kita luluskan. Ini pandangan yang tidak ikut negeri, tidak ikut musim, tetapi ikut tanggungjawab, jadi kita lakukan,” katanya.

PM Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat sebelum menunaikan solat Jumaat bersama jemaah Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru pada Jumaat.

Menerusi catatan di Facebook itu, Anwar berkata keutamaan ketika ini ialah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan yang terkesan.

Menurut laman Facebook NADMA, 17,459 mangsa banjir melibatkan 11,734 orang di Sarawak dan 5,725 orang di Sabah ditempatkan di 92 PPS setakat 12 tengah hari tadi.
Sumber : Bernama/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita