Skip to main content

Dunia

PM Anwar umum pelantikan menteri baharu, pertukaran portfolio dalam Kabinet

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar umum pelantikan menteri baharu, pertukaran portfolio dalam Kabinet
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra pada 16 Disember 2025. (Gambar: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini (16 Dis) mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra.

Pelantikan itu merupakan langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

Rombakan Kabinet sulung Kerajaan Perpaduan pimpinan Encik Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.

Sebelum ini, kerajaan menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri, iaitu jawatan Menteri Ekonomi yang disandang Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick yang kosong menyusuli peletakan jawatan mereka. 

Sementara itu, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang disandang Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, kosong selepas beliau tamat tempoh pelantikan sebagai Senator.

Encik Anwar turut mengumumkan pelantikan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio dalam kabinetnya.

“Ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya hanya akan umumkan menteri-menteri yang ditukarkan portfolio dan pelantikan baharu sahaja. Yang kekal atau lama tidak akan saya umumkan,” katanya hari ini.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung di stesen televisyen termasuk Bernama TV, serta pada platform media sosial termasuk Facebook rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri.

Turut hadir di pengumuman itu ialah Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.


Berikut senarai menteri dengan pelantikan baharu atau ditukarkan portfolio:

MENTERI

Hannah Yeoh
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
- Tukar portfolio

Mustafa Sakmud
Menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak
- Pelantikan baharu

Zulkifli Hasan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
- Tukar portfolio

Johari Ghani
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
- Tukar portfolio

Steven Sim
Menteri Usahawan dan Koperasi
- Tukar portfolio

Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Ekonomi
- Tukar portfolio

Mohammed Taufiq Johari
Menteri Belia dan Sukan
- Pelantikan baharu

Arthur Joseph Kurup Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
- Tukar portfolio

Noraini Ahmad
Menteri Perladangan dan Komoditi
- Tukar portfolio

R Ramanan
Menteri Sumber Manusia
- Tukar portfolio

TIMBALAN MENTERI

Liew Chin Tong Timbalan Menteri Kewangan
- Tukar portfolio

Marhamah Rosli Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
- Pelantikan baharu

Mohamad Alamin Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Tukar portfolio

Sim Tze Tzin
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
- Pelantikan baharu

Lo Su Fui
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
- Pelantikan baharu

Adam Adli Abd Halim Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
- Tukar portfolio

Chan Fong Hin
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
-Tukar portfolio

Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
- Tukar portfolio

Chan Foong Hin
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Tukar portfolio

Lukanisman Awang Sauni
Timbalan Menteri Luar Negeri
- Tukar portfolio

Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Tukar portfolio

Chiew Choon Man
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
- Pelantikan baharu

Yuneswaran a/l Ramaraj
Timbalan Menteri Perpaduan Negara
- Pelantikan baharu

Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Kesihatan
- Tukar portfolio

Indera Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri Ekonomi
- Pelantikan baharu

Syed Ibrahim Syed Noh
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
- Pelantikan baharu

Huang Tiong Sil
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
- Tukar portfolio

Khairul Firdaus Akbar Khan
Timbalan Menteri Sumber Manusia
- Tukar portfolio

Mordi anak Bimol
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
- Pelantikan baharu
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita