PM Anwar tubuh jawatankuasa penasihat dasar kepada Perdana Menteri
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri, untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin (22 Apr) berkata, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai oleh Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.
Penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024, yang dipengerusikan oleh Mohd Hassan Marican.
“Cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” katanya.
PMO Malaysia menyatakan, jawatankuasa yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.