PM Anwar titip doa buat Dr Mahathir sempena ulang tahun ke-100
Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir Mohamad meraikan ulang tahun kelahiran ke-100 pada 10 Julai 2025. (Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ulang tahun ke-100 kepada mantan PM dan "bapa pemodenan Malaysia" Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian menerusi catatannya di laman Facebook pada Khamis (10 Jul).
"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
"Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar (Dr Mahathir) terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna," tulis beliau.

PM Anwar turut menyanjung jasa Dr Mahathir dalam terus memajukan Malaysia.
"Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.
"Semoga Allah SWT terus merahmati (Dr Mahathir), Insya-Allah," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.