PM Anwar tidak halang dan masuk campur siasatan kerugian pelaburan NAFAS, KHAZANAH
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
BUTTERWORTH: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim bertegas tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) oleh pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata siasatan perlu dilakukan dengan adil tanpa mengira pangkat dan jawatan ataupun sama ada melibatkan syarikat kerajaan mahupun swasta.
“Sekarang heboh isu Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Walaupun ia badan yang bebas, tapi ia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Baru-baru ini juga ada kes Khazanah Nasional Bhd, yang mana pengerusinya adalah Perdana Menteri.
“Tapi, saya tidak akan halang siasatan kalau ada laporan. Kalau salah, siasat. Kalau salah, dakwa. Kalau salah, hukum,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena, Pulau Pinang pada Sabtu (2 Nov).
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan berkata suruhanjaya itu sudah memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta (S$13.3 juta) yang dialami Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.