PM Anwar telah masukkan kehadiran dalam kes saman Dr Mahathir
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Agensi berita
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim telah memasukkan kehadiran dalam kes saman Dr Mahathir Mohamad terhadapnya yang menuntut ganti rugi RM150 juta (S$45 juta) berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: "Perlaksanaan Sebuah Idealisme" pada Mac lepas.
Memorandum kehadiran itu difailkan oleh firma guaman, Tetuan Thomas Philip yang mewakili Anwar selaku defendan pada 16 Mei.
Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Encik Anwar ketika dihubungi wartawan mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pengurusan kes ditetapkan pada 31 Mei ini secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Jamhirah Ali.
Pada 3 Mei, Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, mendakwa pada 18 Mac lepas, Encik Anwar memberikan ucapan di kongres berkenaan di Stadium Melawati, Shah Alam dan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasi plaintif.
Menurut Dr Mahathir antaranya kenyataan kononnya plaintif 'membolot' harta untuk diberikan kepada anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am berjumlah RM50 juta (S$15 juta), ganti rugi teladan berjumlah RM100 juta (S$30 juta) dan perintah supaya defendan dengan serta-merta menarik balik kesemua kenyataan-kenyataan fitnah.
Beliau turut memohon perintah mahkamah supaya defendan memadamkan kesemua kenyataan di media sosial atau media elektronik selain memohon perintah agar defendan membuat permohonan maaf secara bertulis kepada plaintif dan relif lain yang difikirkan sesuai.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.