Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar tekad hapus rasuah meski kedudukan terancam

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim tekad untuk membersihkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa walaupun usaha itu akan menggugat kedudukan beliau.

Tegas Encik Anwar, Malaysia mesti bebas daripada perbuatan tamak kelompok elit kecil yang menggunakan kuasa untuk kekayaan diri dan kroni.

"Saya tidak akan bertolak ansur sama sekali walaupun ia akan menggugat kedudukan saya.

"Kita sudah lelah dengan watak-watak yang menjerit perjuangkan Islam tetapi mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan dan menggunakan kuasa untuk merampas hak yang bukan milik mereka.

"Saya tidak akan buat penyiasatan atau pendakwaan terpilih. Tetapi percaya, arahan kita kepada semua badan penguatkuasaan adalah untuk tunjukkan kekuatan semangat baru untuk memastikan dalam tempoh terdekat kita hentikan budaya ini," katanya.

Beliau berucap pada majlis makan malam bersama diaspora dan pelajar Malaysia di kedutaan negara di Jakarta pada Ahad (8 Jan) sempena lawatan rasmi ke Indonesia dengan diiringi isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama, Menteri Luar, Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Tambah Encik Anwar, adalah menjadi hasrat beliau untuk memartabatkan golongan miskin tidak kira bangsa atau agama selain memperteguh hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera.

"Walaupun kebimbangan utama saat ini adalah terkait pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan kepada semua, tetapi mustahil untuk memberi tumpuan kepada aspek itu selagi rasuah terus menghantui koridor kuasa," jelasnya.

Encik Anwar kini dalam lawatan rasmi ke Indonesia bagi membincangkan beberapa agenda penting ke arah mempertingkatkan hubungan dua hala.

Hari ini iaitu hari kedua lawatan, beliau dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Istana Bogor.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan