Skip to main content

Dunia

PM Anwar tegas tidak campur tangan siasatan terhadap Muhyiddin

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar tegas tidak campur tangan siasatan terhadap Muhyiddin

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Aug 2024 10:26PM Dikemas Kini : 23 Aug 2024 10:27PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan mencampuri siasatan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyentuh institusi diraja ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Encik Anwar berkata siasatan tersebut dijalankan mengikut saluran undang-undang dan menyerahkan perkara tersebut kepada Peguam Negara.

“Kita ikut jalur (undang-undang), serah kepada siasatan (polis) dan juga Peguam Negara. Saya tidak campur urusan (itu),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Putrajaya pada Jumaat (23 Ogos).

Encik Muhyiddin didakwa membuat ucapan yang menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) semasa kempen PRK DUN Nenggiri di Kelantan baru-baru ini, yang menyebabkan ramai pihak tampil membuat laporan polis.

Mantan Perdana Menteri Malaysia itu juga dikatakan mengeluarkan ucapan yang mempertikai tugas dan kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika beliau menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Siasatan terhadap Encik Muhyiddin itu dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita