PM Anwar tegas penggunaan istilah 'Keling' sekadar rujukan dari buku, bukan menghina
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
PUTRAJAYA: Penggunaan frasa "Keling" pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak pada Khamis lalu (21 Dis) hanyalah merujuk kepada petikan daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Beliau berkata istilah "Keling" itu diambil daripada buku berkenaan yang menceritakan bahawa Hang Tuah mempunyai penguasaan bahasa yang banyak termasuk bahasa Melayu, bahasa Arab, Siam dan bahasa Keling yang diambil daripada istilah Kalinga.
"Sekarang, istilah Keling tidak disenangi banyak pihak, jadi saya tak gunakan. Saya cuma (ambil) petikan (quotes) dalam buku itu.
"Kalau ada yang salah faham, saya minta maaf, bukan niat saya. Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama," katanya pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di pada Sabtu (23 Dis).
Isu melibatkan istilah 'keling' pernah timbul sebelum ini.
Pada 23 Mac 2021, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pernah menyatakan bahawa pihaknya tidak akan memohon maaf atas penggunaan perkataan "keling" bagi menggambarkan seseorang yang berketurunan India.
Mantan ketua pengarah DBP Abang Sallehuddin Abg Shokeran menegaskan bahawa ini memandangkan penggunaan istilah tersebut tidak bersifat menghina, menurut Free Malaysia Today.
Keputusan untuk tidak mengemukakan permohonan maaf itu bagaimanapun dikritik mantan Pemimpin DAP, P Ramasamy.
Isu itu muncul ketika itu selepas tular tangkap layar halaman kamus dalam talian DBP. Halaman itu memaparkan perkataan “keling” dalam takrif bagi perkataan “tambi”, dipetik daripada agensi berita Free Malaysia Today (FMT).
DBP menakrifkan "tambi" sebagai "perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada seorang individu keling yang lebih muda".
"Tambi" dalam bahasa Tamil juga merujuk kepada "saudara lelaki yang lebih muda".
Encik Abang Sallehuddin menekankan bahawa isu tersebut berkait dengan edisi lalu kamus tersebut dan DBP tidak pernah mempunyai niat untuk menghina kaum India.
"Sepertimana saya pernah katakan sebelum ini, DBP dan masyarakat seharusnya mengelak daripada menggunakan istilah itu dewasa ini," katanya kepada FMT.
Badan bahasa itu juga berkata kamusnya bersifat “kamus hidup” yang merekodkan sejarah.
"Setiap perkataan mempunyai nilai sejarah sosial dan budaya."
Beliau berkata dalam edisi keempat Kamus Dewan, yang diterbitkan pada 2005, takrifan terma "keling" itu ialah:
1. Sebuah empayar India di Pantai Coromandel yang dipanggil Kalinga dan Telingana, yang dikenali dalam kalangan pelayar dan pedagang yang datang ke Asia Tenggara seawal abad ketiga.
2. Sebuah terma yang digunakan untuk merujuk kepada pedagang dan pelayar dari Kalinga dan Telingana, yang datang ke Tanah Melayu seawal abad ketiga.
Encik Abang Sallehuddin berkata nilai sosial dan budaya boleh berubah dari semasa ke semasa.
"Perkataan 'keling' itu mempunyai nilai sejarah. Sebelum ini, terma itu tidak mempunyai sebarang
konotasi yang negatif, tetapi ini harus berubah. Apabila nilai sebuah perkataan berubah, DBP akan mengambil perhatian."
Encik Abang Sallehuddin turut menambah bahawa versi terbaharu kamus fizikal Kamus Dewan Perdana ada menyatakan larangan penggunaan perkataan “keling”.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.