Skip to main content

Dunia

PM Anwar tegas Malaysia berhak jalin hubungan, berurusan dengan pelbagai pihak

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar tegas Malaysia berhak jalin hubungan, berurusan dengan pelbagai pihak

Presiden Rusia Vladimir Putin (kiri) dan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim. (Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook)

Diterbitkan : 05 Oct 2024 06:03PM Dikemas Kini : 05 Oct 2024 06:04PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mempertahankan hak negara itu untuk mengadakan hubungan dan berurusan dengan pelbagai rakan global, termasuk Rusia, sambil mengekalkan pendirian seimbang mengenai isu antarabangsa.

Beliau berkata negara lain tidak seharusnya menentukan apa yang terbaik untuk negara lain, sambil menambah bahawa sebagai negara perdagangan, Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari seluruh dunia.

Menjawab soalan mengenai hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS, dan persepsi terhadap hubungan semakin erat dengan Rusia semasa satu wawancara bersama CNBC, Encik Anwar berkata beliau bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok, Rusia, baru-baru ini memandangkan Rusia kini menjadi pengerusi pertubuhan antara pemerintah yang terdiri daripada 10 negara anggota.

“Saya pergi ke Vladivostok (Rusia) untuk menyampaikan minat kami untuk menjadi sebahagian daripada BRICS dan meneruskan perdagangan dan pelaburan dalam bidang yang tidak menjadi pertikaian. Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa kami tidak patut berbuat demikian.

“Malaysia adalah sebuah negara perdagangan dan kita mengalu-alukan pelaburan dari seluruh dunia. Saya tidak seharusnya mendiskriminasi mana-mana negara lain,” katanya.

Malaysia memohon untuk menyertai BRICS pada Julai 2024.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita