PM Anwar sudah kenal pasti calon sesuai isi kekosongan Kabinet
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan tergesa-gesa dalam mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan tergesa-gesa dalam mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet.
Encik Anwar berkata beliau sudah memikirkan nama-nama yang sesuai dan perlu merujuk perkara itu bersama-sama pemimpin parti dalam Kerajaan MADANI sebelum sebarang keputusan dibuat.
Encik Anwar berkata setakat ini, beliau belum berbincang tentang perkara itu dengan Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin DAP.
"Saya sedang memikirkannya. Saya tidak terburu-buru dan saya perlu berfikir selepas mendengar (nasihat daripada pemimpin parti). Saya belum lagi membincangkan perkara ini dengan semua pemimpin parti. Sudah tentu keputusan muktamad ialah prerogatif saya," katanya.
Encik Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku terbaharunya Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times di Tsutaya Books, Pavilion Bukit Jalil pada Ahad (7 Dis).
Ditanya sama ada perkara itu merupakan rombakan Kabinet atau hanya mengisi kekosongan jawatan, Encik Anwar berkata, "Mengisi kekosongan … ia menyebabkan rombakan kecil”.
Berhubung gesaan MCA supaya Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek digugurkan daripada Kabinet, Enccik Anwar berkata perkara itu sekadar cadangan daripada parti berkenaan.
"Terima kasih atas pandangan MCA, tetapi tidak mengapalah kerana ini ialah pandangan mereka," kata beliau.
Ketika ini, terdapat beberapa kekosongan dalam Kabinet MADANI, iaitu bagi portfolio Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Sumber : Bernama/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.