Skip to main content

Dunia

PM Anwar seru henti budaya pemberian cenderahati; tidak sesuai dengan etika kepimpinan

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar seru henti budaya pemberian cenderahati; tidak sesuai dengan etika kepimpinan

(Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menolak sebarang pemberian cenderahati kepadanya.

Menurut beliau, budaya itu tidak bersesuaian dengan keadaan semasa negara.
"Saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya dan budaya ini mesti dihentikan."

"Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Khamis (1 Dis), lapor agensi berita Astro Awani.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun sebelum ini turut menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi Perdana Menteri kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas dirinya, menurut Astro Awani.

Katanya, perolehan bagi kereta Mercedes S600 itu menerusi Jabatan Perdana Menteri (JPM) sempat dibatalkan setelah semakan dibuat oleh pihaknya.

Jelasnya, ia adalah kerana beliau ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan sebagaimana amalan pentadbiran sebelum ini, lapor agensi berita Astro Awani.

Tambahnya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, beliau lebih selesa dengan hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry serta kenderaan sedia ada untuk segala urusan.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita