PM Anwar serta merta larang kapal Israel berlabuh di Malaysia
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berucap di sebuah sidang media pada 5 Dis 2022. (Gambar fail: Pejabat Perdana Menteri Malaysia/Afiq Hambali)
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata, pada masa yang sama, kerajaan juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.
“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” kata beliau dalam kenyataannya di Kuala Lumpr pada Rabu (20 Dis).
Beliau berkata kerajaan yakin semua keputusan itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.
Selain itu, Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia berkata kerajaan, turut memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara itu berkuat kuasa serta-merta.
“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta-merta,” kata beliau.
Perdana Menteri Malaysia itu berkata sebelum ini Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat tersebut berlabuh di Malaysia, sebelum dibenarkan mendarat pada 2005.
“Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.