Skip to main content

Dunia

PM Anwar serah senarai calon Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Agong

Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Jumaat (24 Apr), kata Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar serah senarai calon Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Agong

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah menyerahkan senarai calon Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 24 April 2026. (Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 24 Apr 2026 03:51PM
PASIR GUDANG: Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Jumaat (24 Apr), kata Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata senarai itu merangkumi individu yang layak untuk menerajui badan pencegahan rasuah negara itu.

Bercakap kepada media selepas menghadiri makan tengah hari dan menyantuni komuniti di Pasar Tani Kekal Permas Jaya di Pasir Gudang pada Jumaat, Encik Anwar sempat berseloroh apabila ditanya tentang jumlah calon yang disenaraikan untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Ada 120 (nama calon yang diserahkan),” kata beliau sebelum bergerak menuju ke Masjid Bandar Permas Jaya di Pasir Gudang bagi menunaikan solat Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata butiran mengenai senarai pendek calon tidak akan didedahkan buat masa ini dan hanya akan diumumkan kemudian.

“Itu (senarai pendek) … akan diumumkan nanti," kata Encik Anwar ringkas.

Awal dari itu, menurut catatan di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan untuk menghadap Perdana Menteri pada Jumaat.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu akan dipilih bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Sebelum itu, Encik Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama-sama masyarakat setempat di Pasar Tani Kekal Permas Jaya serta meninjau barangan keperluan asas yang dijual.

Ketibaan beliau pada pukul 12.33 tengah hari tadi disambut oleh Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Perdana Menteri kemudiannya meneruskan perjalanan ke Masjid Bandar Permas Jaya untuk menunaikan solat Jumaat.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita