Skip to main content

Dunia

PM Anwar saran Sidang Puncak RCEP pada Okt

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata beliau merancang untuk mengadakan Sidang Puncak Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP)pada Oktober, lapor media tempatan pada Rabu (27 Ogos).
 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar saran Sidang Puncak RCEP pada Okt

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim semasa sidang media di Putrajaya, Malaysia pada 12 Ogos 2025. (Gambar: REUTERS/Hasnoor Hussain/Pool)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata beliau merancang untuk mengadakan Sidang Puncak Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP)pada Oktober, lapor media tempatan pada Rabu (27 Ogos).

RCEP, blok perdagangan terbesar di dunia, disokong oleh China dan melibatkan 15 ekonomi Asia Pasifik sebagai anggotanya, termasuk Australia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan 10 negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Malaysia, Pengerusi ASEAN tahun ini, akan menjadi tuan rumah kepada sidang puncak pemimpin perkumpulan itu dan rakan serantaunya pada bulan yang sama dengan mesyuarat RCEP yang dirancangkan.

“Tujuan (mesyuarat RCEP) adalah untuk menyemak kemajuan, mempercepatkan pelaksanaan dan menunjukkan bahawa Asia masih mampu menerajui perdagangan terbuka meskipun pihak lain semakin berpaling ke arah kepentingan diri sendiri,” kata Encik Anwar seperti dipetik oleh akhbar harian Malaysia, The Star.

RCEP, yang berkuat kuasa pada 2022, bertujuan untuk menurunkan tarif, meningkatkan pelaburan dan membolehkan pergerakan barangan yang lebih bebas di rantau ini.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita