PM Anwar sahkan pertahan jawatan Presiden PKR
Anggaran Waktu Membaca:

PM Anwar Ibrahim menghadiri Program Sentuhan Kasih Desa Peringkat Negeri Terengganu. (Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook)
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat (9 Mei) mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pemilihan PKR 2025 yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.
Walaupun masih belum mengemukakan pencalonan secara rasmi, Encik Anwar memaklumkan bahawa beliau akan segera menghantar pencalonannya dalam masa terdekat bagi mengisi jawatan nombor satu parti itu.
“Saya tak daftar lagi, (pencalonan) presiden masih kosong… saya isi (pencalonan) kemudian,” katanya kepada pemberita.
Media melaporkan proses pencalonan pemilihan peringkat pusat PKR menyaksikan masih tiada pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.
Pencalonan bagi Pemilihan PKR 2025 membabitkan peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan berlangsung selama dua hari bermula semalam secara online.
Kongres Nasional PKR dimulakan dengan Kongres AMK dan Wanita pada 23 Mei, diikuti Kongres Nasional pada 24 Mei di Johor Bahru.
Awal dari itu, Encik Anwar menyertai kira-kira 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Iman, Presint 9.
Perdana Menteri yang lengkap berbaju Melayu sempat beramah mesra dengan pengurusan masjid dan kariah serta orang ramai, dan berjalan kaki kira-kira 100 meter ke Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyhur bagi menikmati juadah tengah hari.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.