PM Anwar, Prayuth dijangka bincang rundingan damai selatan Thailand
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
BANGKOK: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka akan membincangkan rundingan damai di selatan Thailand dalam pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya Prayuth Chan o-cha pada Khamis (9 Feb).
Encik Anwar yang akan memulakan lawatan rasmi sulung ke Thailand selama dua hari bermula hari ini dilihat akan menyumbang momentum kepada proses dialog damai dan membantu mewujudkan keamanan di selatan Thailand.
“Kita akan serahkan kepada kebijaksanaan kedua-dua pemimpin dalam siri pertemuan empat mata untuk mereka membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan bersama bagi kedua pihak-pihak,“ kata Menteri Luar Dr Zambry Abd Kadir pada satu sidang media semalam sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia itu ke Thailand.
Malaysia merupakan fasilitator bagi proses rundingan damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun yang memuncak pada Januari 2004 di wilayah selatan di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla.
Mantan Panglima Angkatan Tentera Zulkifli Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai di Selatan Thailand yang baru, berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Rundingan antara kerajaan Thailand dan pemberontak bermula pada 2013 tetapi terhenti berikutan rampasan kuasa tentera di Thailand setahun kemudian.
Rundingan kemudian diteruskan tanpa membabitkan parti utama termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN).
Jeneral Wanlop Rugsanoah mengetuai Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP).

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.