PM Anwar pertahan keputusan lanjut kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki; puas hati dengan khidmatnya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan dalam melanjutkan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki adalah kerana khidmat beliau yang memuaskan.
Menurut Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, kerajaan juga memberi kelonggaran sepenuhnya kepada SPRM dan Peguam Negara untuk menjalankan tugas mereka.
"Dia (Azam Baki) dilantik oleh Perdana Menteri masa Pagoh (Muhyiddin Yassin) dan walaupun ada dibangkitkan dulu, dari kerja saya bagi kelonggaran dan wewenang sepenuhnya kepada SPRM dan Peguam Negara untuk jalankan tugas.
"Setakat saya lihat mereka jalankan tugas memuaskan, dia mengambil tindakan tanpa memilih puak atau parti politik," jelasnya, seperti dipetik Astro Awani.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin (15 Mei).
Tambah Encik Anwar, tindakan yang diambil Encik Azam Baki secara telus antara faktor mengapa beliau dilanjutkan kontrak.
"Belum pernah dalam sejarah pejabat menteri digeledah dan kenal pasti beberapa kompromi pegawai-pegawai dan terus tindakan diambil sementara siasatan dijalankan. Atas kapasiti itu kita teruskan khidmatnya," jelasnya lagi, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.