PM Anwar nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City, Johor
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menafikan laporan yang mendakwa kerajaan negara itu akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis MADANI Muhibbah Aidilfitri 2024 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi pada Khamis (24 Apr), Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan secara ringkas berkata: “Tak ada, mereka bangkitkan (isu) lesen kasino itu tipu.. Tak betul”.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita antarabangsa yang melaporkan PM Malaysia itu bertemu dengan Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Vincent Tan serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay minggu lepas bagi membincangkan perkara itu.
Laporan itu turut mendakwa perbincangan berhubung pemberian lesen tersebut masih di peringkat awal.
Projek Forest City yang terletak di Gelang Patah itu bermula pada 2015, yang sehingga kini ia mempunyai 28,000 unit kediaman yang telah siap dibina, dengan fokus utama pemaju tertumpu pada pulau buatan pertama seluas 560 hektar.
Forest City turut menempatkan dua hotel, dua padang golf bertaraf antarabangsa, kilang prefabrikasi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) terbesar di Malaysia, sekolah antarabangsa Shattuck St Mary Forest City dan taman tema air.

Sumber : Bernama/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.