Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar mula tugas secara rasmi di Perdana Putra

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar mula tugas secara rasmi di Perdana Putra
Diterbitkan : 25 Nov 2022 11:19AM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 11:19AM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Encik Anwar Ibrahim hari ini (25 Nov) memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra.

Ketibaan Encik Anwar di blok utama Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri kira-kira jam 9.55 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Encik Mohd Zuki Ali. 

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Encik Mohd Shafiq Abdullah, Peguam Negara Encik Idrus Harun, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Encik Anwar yang mengenakan baju Melayu lengkap bersamping kemudian mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 5 bangunan berkenaan.

Ahli Parlimen Tambun itu kemudian mengaminkan doa yang dipimpin Pegawai Integriti Jabatan Perdana Menteri (JPM) Muhd Redza Ahmad sebelum menandatangani Buku Selamat Datang.

Terdahulu, Encik Anwar sempat melambai tangan ke arah pengamal media yang 'berkampung' di luar pekarangan Perdana Putra menunggu ketibaan beliau untuk memasuki Pejabat Perdana Menteri.

Beliau turut beramah mesra dengan penjawat awam yang menunggu ketibaan beliau di lobi Perdana Putra.

Encik Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam. 

Pada sidang media sulungnya sebagai perdana menteri, Encik Anwar menegaskan kerajaan perpaduan yang dibentuk dengan penyertaan beberapa parti akan memastikan kestabilan negara dan ekonomi serta menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata tiga komponen terbesar yang membentuk kerajaan perpaduan adalah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). 
Sumber : Bernama/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa