Skip to main content

Dunia

PM Anwar kecam tindakan Onn Hafiz jadikan isu JS-SEZ sebagai bahan kempen PRN Johor

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi menggunakan isu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai tidak wajar.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar kecam tindakan Onn Hafiz jadikan isu JS-SEZ sebagai bahan kempen PRN Johor

Menteri Besar sementara Johor Onn Hafiz (kanan) pada Khamis (2 Jul) meminta Kerajaan Persekutuan menyegerakan pengumuman JS-SEZ bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negeri terus diperkukuh. (Gambar: BHarian Online)

Diterbitkan : 03 Jul 2026 05:21PM Dikemas Kini : 03 Jul 2026 05:22PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi menggunakan isu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai tidak wajar.

PM Anwar berkata, ini kerana projek berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan yang sedang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri.

"Soal nak turunkan tanda tangan itu, ia antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura. Ia belum (sampai ke tahap) Menteri Besar lagi.

"Jadi tak payah jadikan isu, sehingga kini projek sedang berjalan dengan belanja yang tinggi serta turut menerima bantuan daripada Kerajaan Pusat.

"Sudah la tak berterima kasih, dia (gunakan isu) masa kempen untuk mencela, ini tidak kena dan tak cerdik," katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena pada Jumaat (3 Jul).

Pada Khamis (2 Jul), Encik Onn Hafiz meminta Kerajaan Persekutuan menyegerakan pengumuman JS-SEZ bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negeri terus diperkukuh.

Pengerusi BN Johor itu berkata pelan induk berkenaan sudah siap dan tidak wajar terus ditangguhkan kerana ia penting dalam memberi kepastian kepada pelabur serta hala tuju pembangunan ekonomi negeri.

Menurutnya, pelan itu pada asalnya disasarkan untuk diumumkan pada penghujung tahun 2025 sebelum tarikh baharu ditetapkan pada 30 Mac lalu, namun sekali lagi ditangguhkan.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita