Skip to main content

Dunia

PM Anwar jalani prosedur perubatan; dipantau selama 2 hari

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar jalani prosedur perubatan; dipantau selama 2 hari

PM Anwar kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari. (Gambar fail/Bernama)

Diterbitkan : 10 Aug 2026 11:00AM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari, lapor Astro AWANI.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, menerusi satu kenyataan media pada Isnin (10 Ogos).

Menurut kenyataan tersebut, pemeriksaan dan prosedur berkenaan dilaksanakan mengikut penilaian serta saranan pasukan pakar perubatan yang merawat PM Anwar.

“YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.

“Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak pula memperincikan lokasi pemeriksaan mahupun jenis prosedur yang sedang dijalani oleh PM Anwar.

Tunku Nashrul turut mengajak rakyat Malaysia mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur yang dijalani PM Anwar dipermudahkan.

“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya.

PM Anwar dijangka kembali menjalankan tugas rasmi selepas tamat tempoh pemantauan yang ditetapkan oleh pasukan perubatan.
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita