Skip to main content

Dunia

PM Anwar ikrar tidak tolak ansur terhadap kes buli, dera di universiti tentera

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar ikrar tidak tolak ansur terhadap kes buli, dera di universiti tentera

Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 01 Nov 2024 10:11PM Dikemas Kini : 01 Nov 2024 10:13PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa ia tidak akan bertolak ansur terhadap budaya samseng dan buli yang berlaku dalam semua peringkat sistem pendidikan negara itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, budaya samseng tidak sesekali diizinkan berlaku dalam pendidikan, bagaimanapun beliau menyifatkan perkara itu hanya berlaku dalam kelompok kecil mahasiswa.

Kenyataan PM Anwar menyusul ketika kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior hangat diperkatakan, lapor Astro Awani.

"Ini saya nak anak-anak memahami (budaya samseng) hanya dalam kelompok kecil dan bukan keseluruhan mahasiswa. Tetapi budaya itu tidak mengizinkan.

"Ini budaya samseng, buli, gengsterisme... dalam sistem pendidkan kita di sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, Maahad Tahfiz atau sekolah agama."

"Ini menyebut ada kegilaan kerana kita bicara soal ilmu dan ritual, serta akhlak dan nilai. Kita ada disiplin ketenteraan tetapi tidak tahu disiplin," katanya pada Jumaat (1 Nov), menurut Astro Awani.

Beliau berkata demikian dalam Program Temu Anwar yang berlangsung di UPNM.

Mengulas lanjut, PM Anwar mengakui budaya samseng dan buli menjadi cabaran kepada kerajaan dan kepimpinan universiti termasuk Naib Canselor.

Justeru, beliau menegaskan dalam program pendidikan dan latihan, aspek nilai dan akhlak perlu ditekankan bagi mengelakkan berlaku budaya-budaya yang bertentangan dengan undang-undang.

Dalam program sama, PM Anwar turut berkongsi bahawa beliau sebelum ini pernah bertemu dengan lima bekas penuntut UPNM yang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

Awal dari itu, media melaporkan seorang penuntut UPNM yang mengambil jurusan kejuruteraan dipercayai menjadi mangsa buli penuntut senior cedera dipercayai ditekap seterika.

Pada Khamis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataannya menegaskan bahawa ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita