PM Anwar Ibrahim umum Tol Rahmah, potongan harga barangan sempena Hari Raya Aidilfitri
PM Anwar Ibrahim berucap pada Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia sempena lawatannya ke UiTM pada Jumaat (7 Apr). (Gambar fail: Bernama)
Pelepasan istimewa itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada petang Selasa (19 Apr).
Kata Encik Anwar, pelepasan bayaran tol itu akan dilaksanakan ke atas semua jenis kenderaan yang menggunakan 33 lebuh raya di negara tersebut.
“Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, lapor agensi berita Malaysiakini.
Beliau turut mengatakan kerajaan bekerjasama dengan pasar raya terpilih untuk menawarkan barangan mentah pada kadar diskaun khas untuk pengusaha Menu Rahmah.
Kata Encik Anwar, kadar diskaun khas harga barangan mentah akan diberikan kepada pengusaha menu Rahmah bagi memastikan kelestarian inisiatif itu.
“Melalui ikhtiar ini, diharapkan dapat memberi kelegaan kepada para pengusaha dan seterusnya memastikan kelangsungan pelaksanaan Menu Rahmah yang telah memberikan manfaat besar khususnya kepada rakyat yang kurang berkemampuan,” katanya, dipetik agensi berita Malaysiakini.
Turut dilaksanakan ialah diskaun untuk saman trafik pada tarikh antara 21 April hingga 21 Mei ini.
Semua saman polis itu, tambahnya, akan dikenakan kompaun RM50 (S$15) saja.
Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Tambun itu lagi, tawaran tersebut tidak terpakai kepada kesalahan lalu lintas yang dilakukan pada tahun ini.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.