Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar Ibrahim umum cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia pada Selasa (18 Apr) bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ini bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan Hari Raya dan pulang ke kampung halaman serta meluangkan lebih banyak masa dan kesempatan untuk menyambut Aidilfitri, lapor Malaysiakini.

"Sekiranya, 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat 21 April, maka kerajaan akan menetapkan hari Isnin 24 April sebagai kelepasan am berdasarkan Seksyen 8 Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Walaubagaimanapun, andai kata tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu 22 April, yang kini kemungkinan besar, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan," Malaysiakini memetik kata-kata perdana menteri itu.

Tambahnya, Kerajaan Sabah dan Sarawak boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut ordinan hari kelepasan am masing-masing.

Pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada Khamis (20 Apr) oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sementara itu, Encik Anwar berkata Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena sambutan Syawal ini.

Langkah itu, kata Encik Anwar, untuk memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal," katanya, seperti dinukil Malaysiakini.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan