PM Anwar Ibrahim tegas jumlah kemiskinan tegar di M'sia perlu dinoktahkan tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara tersebut perlu dinoktahkan tahun ini.
Beliau berkata sehubungan itu semua jentera kerajaan terutama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya perlu digerakkan segera ke arah memuktamadkannya.
“Tahun 2023 golongan ini (miskin tegar) kita mesti muktamadkan dan noktahkan jumlah kemiskinan, termasuk di Negeri Sembilan ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Nilai pada Sabtu (24 Jun), menurut agensi berita Malaysiakini.
Turut hadiri di majlis pada pagi Sabtu itu ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan Mohamad Hasan.
Beliau berkata KKDW juga merupakan kementerian strategik yang berupaya menyantuni rakyat yang majoritinya orang Melayu untuk dibantu selain kelompok kecil termasuk Cina, India, Orang Asli dan pedalaman Sabah serta Sarawak.
Encik Anwar berkata keseluruhan kementerian juga tidak hanya perlu membincangkan projek-projek besar dan mega, sebaliknya perlu berusaha membantu golongan terbabit keluar dari belenggu kemiskinan.
“Kita tidak hanya bincang tentang high speed railway, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), bangunan berkembar, Putrajaya dan sebagainya tetapi yang miskin nak beli susu anak tak cukup, nak beli pakaian sekolah pun tak cukup, jadi itu kita perlu beri keutamaan.
“Saya tidak fikir ini salah kalau semua jentera dapat ditumpukan, ini sebabnya kita mahu rakyat melihat sendiri apa yang dilakukan kerajaan termasuk kerajaan Negeri Sembilan, mengetahui program-program, dan bukan guna ruang politik untuk serang orang lain,” katanya, seperti dipetik daripada laporan Malaysiakini.
Sementara itu, beliau sekali lagi mengulangi bahawa semua tandas sekolah di seluruh negara perlu disegerakan baikpulihnya pada tahun ini, sekali gus memberikan keselesaan untuk golongan pelajar yang merupakan nadi kepada negara.
“Kalau bercakap pasal ekonomi hebat, gaji menteri-menteri, gaji duta-duta khas semua tinggi, tapi tandas sekolah tak dapat dibaiki, sebab itu saya kata mesti selesaikan tahun ini untuk anak-anak kita,” katanya, lapor Malaysiakini.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.