Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar Ibrahim dilapor tidak sihat untuk hadiri acara Thaipusam di Batu Caves

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar Ibrahim dilapor tidak sihat untuk hadiri acara Thaipusam di Batu Caves

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berucap di sebuah sidang media pada 5 Dis 2022. (Gambar fail: Pejabat Perdana Menteri Malaysia/Afiq Hambali)

Diterbitkan : 05 Feb 2023 03:53PM Dikemas Kini : 05 Feb 2023 03:54PM
GOMBAK: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves pada Ahad (5 Feb).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar ketika ditemui para pemberita semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, pada Ahad.

“Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini, namun beliau menghubungi saya pagi tadi memaklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurutnya lagi, PM Anwar juga memaklumkan kepada beliau bahawa satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil-kuil di seluruh Malaysia untuk menyampaikan amanatnya akan diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, sambutan Thaipusam di Batu Caves meriah dengan kehadiran ratusan ribu penganut Hindu yang turut disertai pengunjung bagi meraikan sambutan perayaan Thaipusam.
Sumber : Agensi berita/AW/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan