Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar Ibrahim beri jaminan Bajet 2023 penuhi keperluan setiap lapisan masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:
BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa Bajet 2023 yang bakal dibentang semula bulan depan akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata kandungan Bajet 2023 masih diperincikan lagi. Namun, kerajaan di bawah pentadbirannya tidak akan meminggirkan mana-mana pihak.

“Belum siap lagi (Bajet 2023), inilah masalahnya. Sarawak minta (peruntukan), Sabah pun minta (peruntukan).'

“Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting tapi M40 juga kita akan berikan perhatian,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan dua hari ke Brunei pada Rabu (25 Jan).

Hadir sama ialah Premier Sarawak Abang Johari Openg, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir.

Belanjawan 2023 akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

Sebelum ini, Encik Anwar dilaporkan berkata Bajet 2023 yang bakal dibentang semula tidak akan terikat dengan perkara yang dibentang oleh kerajaan sebelumnya.

Bagaimanapun, cadangan yang dibuat dalam belanjawan terdahulu tetap diambil kira dalam perangkaan Bajet 2023 yang baru.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan