Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar Ibrahim bentang Bajet M'sia 2023 pada 24 Feb

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari depan.

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan bahawa tiga minggu diperuntukkan bagi keseluruhan proses pembentangan Bajet 2023 termasuk perbahasan sebelum diluluskan, menurut Sinar Harian memetik laporan media. 

“Ya, Bajet 2023 akan dibentang pada 24 Februari depan kerana sebelum ini hanya bajet mini dibentang bagi perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji.

“Secara keseluruhan, proses pembentangan bajet dan perbahasan termasuk urusan jawatankuasa serta dasar akan mengambil masa 21 hari,” katanya pada Rabu (29 Dis). 

Encik Johari berkata persidangan Dewan Rakyat akan bermula 13 Februari depan dan berlangsung selama 29 hari.

Beliau menambah mesyuarat pertama Parlimen ke-15 akan membuka tirainya dengan titah ucapan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada 20 Disember lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan