Skip to main content

Dunia

PM Anwar Ibrahim arah teliti semula kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion (S$2.16 bilion) daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion (S$4.63 bilion), yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender, supaya diteliti semula.

Beliau berkata kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Jumlah ini bukan kecil... atas alasan umpamanya membantu menyegerakan langkah tebatan banjir tetapi ada masalah apabila peraturan tidak dipatuhi dan ada upaya mencari kesempatan.

“Ini amat dikesalkan dan saya berterima kasih kerana pegawai kanan Kementerian Kewangan bersama dan tidak selari dengan maksud ini, tetapi pada ketika itu hanya mengikut arahan,” katanya di sidang media pada Selasa (6 Dis). 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat sejurus memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan di Putrajaya. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita