Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar Ibrahim arah siasat aduan pelajar dakwa berlaku sikap perkauman, buli di sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat dakwaan seorang pelajar bahawa berlaku kes perkauman di sebuah sekolah di negara itu.

Menurut Encik Anwar, beliau menerima aduan daripada seorang pelajar yang mendakwa gurunya bersikap perkauman selain dia turut dibuli oleh rakan sebaya.

Ujarnya, pelajar itu menulis surat kepada beliau agar masalah berkenaan dapat segera diselesaikan.

“Terima kasih anakanda. Saya akan mohon KPM yang kini dikepalai Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera,” kata Encik Anwar dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad (11 Dis).

Hantaran itu yang kemudiannya dipadamkan, mendapat pelbagai respons daripada pengguna media sosial, menurut Astro AWANI.

Seorang pengguna Facebook bernama Saravanan Subramaniam menzahirkan rasa kagum terhadap Perdana Menteri yang masih sempat menjawab surat pelajar itu.

“Dengan kerja yang begitu banyak, Anwar masih sempat menjawab surat anak muda, awak memang terbaik,” jelasnya di ruangan komen.

Sementara itu, pemilik akaun bernama Nazri Yusof Aie memohon supaya isu perkauman dalam kalangan pelajar di sekolah rendah dan menengah ditangani dengan serius.

“Mohon Anwar ambil serius perkara membuli dan rasis dalam kalangan pelajar di peringkat rendah dan menengah supaya anak bangsa dapat belajar dengan baik demi negara Malaysia tercinta,” tambahnya.

Bagaimanapun, hantaran Facebook Encik Anwar itu dipadamkan selepas beberapa minit kemudian.
 
Sumber : Agensi berita/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan