Skip to main content

Dunia

PM Anwar hulur sumbangan kepada anak P. Ramlee; jadi kurang upaya selepas terlibat dalam nahas

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar hulur sumbangan kepada anak P. Ramlee; jadi kurang upaya selepas terlibat dalam nahas

Gambar: PM Anwar Ibrahim/Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Jumaat (1 Sep) menghulurkan sumbangan kepada anak seniman Allahyarham P. Ramlee, Sazali yang terlibat dengan kemalangan sehingga dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi catatan di Facebook, penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi pada petang Jumaat.

“Baru-baru ini timbul laporan yang memberitakan penderitaan yang merundung saudara Sazali yang merupakan anak kepada seniman agung negara, Almarhum P. Ramlee.

Malang buat beliau tatkala terlibat dengan kemalangan sehingga jatuh dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak lagi punya kekuatan untuk bekerja dan mencari rezeki. Kini isterinya memerlukan perhatian dan rawatan segera dari doktor akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher,” katanya.

Encik Anwar dalam pada itu berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban yang ditanggung Sazali dan isteri.

“Saya mendoakan urusan rawatan dipermudah serta lekas diberi kesembuhan oleh Allah SWT, insya-Allah,” katanya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita