Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar gesa ASEAN laksana usaha bersepadu selesaikan krisis Rohingya di Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar gesa ASEAN laksana usaha bersepadu selesaikan krisis Rohingya di Myanmar

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berucap semasa Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan pada 17 Jan 2023. (Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook)

BANGKOK: ASEAN harus mengambil usaha yang munasabah dan bersepadu sebagai badan serantau dalam menyelesaikan krisis Rohingya di Myanmar, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Encik Anwar berkata beliau sudah berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha dalam pertemuan mereka pada Khamis (9 Feb). 

“Saya merayu kepada perdana menteri (Prayuth), walaupun Thailand mempunyai isu mereka sendiri berhubung sempadan. Kita menghadapi masalah yang sama.

“Ada 200,000 pelarian (di Malaysia) dan amat sedikit yang boleh kami lakukan, kecuali meneruskan apa yang dipanggil pelibatan konstruktif dengan junta Myanmar.

“Malaysia mempunyai bilangan pelarian Burma paling ramai. Bagaimanapun, apa yang dapat kami lakukan amat terhad, kerana kami adalah sebuah negara kecil. Ada kebimbangan mengenai isu kemanusiaan, tetapi (kami) mencadangkan agar ASEAN mengambil usaha yang munasabah dan bersepadu bersama-sama sebagai sebuah badan serantau,” katanya pada persidangan media bersama pada Khamis. 

Tambah Encik Anwar, Encik Prayuth berada di kedudukan yang lebih baik bagi menyuarakan kebimbangan rantau ini mengenai Myanmar.

Menurutnya beliau sudahpun berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya di Brunei dan Singapura semasa lawatan rasminya ke negara berkenaan.

“Bagaimanapun saya boleh dianggap ‘junior’ dalam perkara ini, dan pemimpin (kanan) perlu menyelesaikan isu ini dengan lebih efektif, sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah pelarian. Jika kita tidak dapat menyelesaikannya, kita juga yang terpaksa menanggung bebannya,” katanya.

Sementara itu, Encik Anwar berkata Malaysia dan Thailand akan meningkatkan kolaborasi dalam keterjaminan makanan dan pendigitalan.

“Malaysia mungkin cemerlang dalam aspek getah dan minyak sawit sebelum ini, namun dari segi keterjaminan makanan, seperti makanan sedia dimakan (MRE), dan juga tenaga - Thailand lebih maju. Kita boleh berkongsi pengalaman,” katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan