PM Anwar enggan campur tangan kes Titah Adendum Najib
Anggaran Waktu Membaca:
KAJANG: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terbabit dalam perbincangan berkaitan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah bagi mantan Perdana Menteri Najib Razak.
Menurut Encik Anwar, ini kerana perbincangan mengenai titah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pendirian kerajaan mengenai semua urusan berkaitan Majlis Raja-Raja tidak boleh dicabar adalah kekal sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
"Semua pihak perlu menerima kenyataan berkenaan perkara itu dan terus memberi tumpuan bagi menjamin keamanan serta memperkukuh kestabilan politik dan membangunkan negara.
"Sebab ini saya enggan ulas (mengenai titah adendum) selain menyatakan ini prinsip kerajaan sejak merdeka," katanya semasa sidang media pada Jumaat (19 Apr), lapor BH Online.
Pada 1 April lalu, Encik Najib, 70 tahun, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Titah Adendum itu supaya Encik Najib menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah, menurut BH Online.
Encik Najib selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.
Dalam notis permohonan itu, mantan Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.
Pemohon juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.
Mengulas mengenai afidavit Encik Ahmad Zahid Hamidi selaku 'saksi kritikal' yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Encik Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum, Encik Anwar berkata ia difailkan atas kapasiti Encik Zahid selaku Presiden UMNO, menurut BH Online.
Menerusi afidavit diikrarkan Encik Ahmad Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO itu di Country Heights pada 30 Januari lalu.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.