Skip to main content

Dunia

PM Anwar cabar pembangkang usul undi tidak percaya

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menghalang sebarang perhimpunan atau kritikan terhadap kepimpinannya, termasuk tuntutan supaya beliau meletak jawatan.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar cabar pembangkang usul undi tidak percaya

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Julai di Puspanitapuri pada 21 Julai 2025. (Gambar: Bernama)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 21 Jul 2025 12:58PM Dikemas Kini : 21 Jul 2025 12:59PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menghalang sebarang perhimpunan atau kritikan terhadap kepimpinannya, termasuk tuntutan supaya beliau meletak jawatan.

Bagaimanapun beliau berkata proses tersebut perlu dilaksanakan secara demokratik sama ada melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya di Parlimen.

Beliau juga mencabar pembangkang supaya membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat hari ini (21 Jul) sekiranya mereka mempunyai sokongan mencukupi untuk menukar Kerajaan MADANI yang dipimpinnya.

"Ada yang kata Anwar kena turun. Polis beri laporan, saya kata jalan (saya) tidak halang, tapi bila dia sebut kita akan paksa kerajaan bertukar, itu aneh bunyinya. (Dia) kata tidak mahu pilihan raya, saya kata tak apalah. 

"Saya beritahu Speaker (Johari Abdul ) kalau ada usul hari ini (undian dijalankan). Hari ini hari pertama (sidang) Parlimen, saya tunggu usul undi tak percaya. Kalau ada majoriti, silakan. Jemaah Menteri (akan) berundur, itu sistem kita," katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di Putrajaya hari ini.

Encik Anwar turut mempersoal kemampuan pembangkang untuk memperoleh sokongan yang mencukupi bagi menjatuhkan kepimpinannya. Beliau juga menegaskan bahawa Kerajaan MADANI masih memiliki sokongan kuat iaitu dua pertiga majoriti.

Kata Encik Anwar, sebarang usaha menjatuhkan kerajaan tanpa sokongan majoriti dan tidak dilakukan ketika pilihan raya jelas bercanggah dengan Perlembagaan. 

"Kalau ada usul undi tidak percaya kena ada jumlah yang cukup, tapi dia tahu tidak boleh. Insya-Allah kita bertahan dengan kuat, dua pertiga majoriti dan kita tunggu pilihan raya, tapi tidak... (mereka) nak turun(kan) (Anwar) sekarang. Ini sudah langgar prinsip Perlembagaan dan undang-undang," kata beliau.

Encik Anwar turut membidas naratif huru-hara yang sengaja dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menganggapnya sebagai cubaan untuk mencetuskan ketidakstabilan politik serta kebimbangan dalam kalangan rakyat.

"Saya ingatkan, sementara kerajaan bertolak ansur, kita akan bertegas sekiranya prinsip Perlembagaan dicabar. Saya harap keadaan kita aman. Nak dengki sebab apa, apa yang jadi," katanya.

Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap segelintir pihak yang sengaja mencetuskan huru-hara dengan mengatakan bahawa negara sudah tidak selamat dan rakyat hidup dalam keadaan terdesak. 

Perdana Menteri berkata beliau terbuka terhadap pelbagai kritikan termasuk tohmahan tidak pandai mengurus negara dan patut diganti, tetapi beliau membidas desakan yang melanggar undang-undang, kerana ia memadamkan kestabilan politik serta ekonomi.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita