PM Anwar bidas dakwaan Menteri Besar Kedah, Pulau Pinang milik Kedah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar:Bernama)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim membidas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah.
Encik Anwar berkata sebagai seorang Menteri Besar, Encik Sanusi seharusnya terikat dengan aspek perundangan dan faham mengenai Perlembagaan.
“Kadang-kadang bila seorang pemimpin berucap dia kena faham Perlembagaan, dia kena faham perjanjian."
“Walaupun ada perjanjian 300 tahun dulu, 1,000 tahun dulu, dia ada perjanjian terakhir penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan itu jelas."
“Nak ucap dari segi sandiwara politik itu soal lain tetapi sebagai seorang Menteri Besar, saya fikir wajar terikat dengan perundangan,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada Selasa (30 Mei).
Encik Anwar berkata setiap pemimpin perlu menghormati perjanjian Perlembagaan yang diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah dalam isu tersebut.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.