Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar bertegas tiada masalah isytihar harta

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar bertegas tiada masalah isytihar harta

(Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata beliau tiada masalah untuk mendedahkan segala hartanya yang didakwa diraih ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, seperti yang diminta oleh Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan beliau adalah antara individu yang mengisytiharkan hartanya baru-baru ini bagi membuktikan ketelusan kepada rakyat.

“Saya antara orang yang isytihar harta, yang tidak dia (Mahathir). Baru-baru ini pun, saya telah isytiharkan harga rumah berharga RM11 juta (S$3.3 juta) di Segambut.

“Jadi itu bukan rahsia, itu sudah diketahui umum,” katanya ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Malaysia MADANI di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada Sabtu (13 Mei). 

Isnin lalu (8 Mei), Dr Mahathir bukan sahaja mencabar Encik Anwar untuk mendedahkan segala hartanya, malah mendakwa pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai seorang daripada pemimpin lama yang turut dituduh membantu kroni.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan