PM Anwar bertegas jawatan Perdana Menteri Malaysia kekal disandang Melayu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Bernama)
BANGI: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Jumaat (15 Dis) berkata calon Perdana Menteri di negara itu akan kekal disandang oleh kaum Melayu.
“Lepas ini calon dari kerajaan pun Melayu, calon dari pembangkang pun Melayu.
“Jadi terus maju, hak rakyat terpelihara dan jaga kepentingan semua rakyat, semua kaum, semua wilayah,” katanya kepada para wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi, pada Jumaat.
Mengulas cadangan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar Encik Anwar meminda perlembagaan supaya hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri, Encik Anwar berkata tiada keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan tersebut.
“Setakat ini tidak ada keperluan, tidak ada perbincangan serius,” katanya.
Cadangan Encik Wan Ahmad Fayhsal itu adalah susulan kandungan penulisan veteran politik DAP Lim Kit Siang, yang dimuat naik ke blog limkitsiang.com pada 30 November lalu bertajuk "Perlembagaan Malaysia menjanjikan Impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal memandangkan Perlembagaan ini tidak menghalang seorang bukan Melayu daripada menjadi seorang Perdana Menteri".
Encik Anwar pada masa yang sama mengingatkan pembangkang agar tidak memainkan isu yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum sehingga menimbulkan perbalahan.
“Sudah tentu Perlembagaan Persekutuan ada peraturan, dan ini bukan isu, dan sekarang ini tidak pernah menjadi isu, jadi jangan kita rumitkan keadaan.
“Dan begitu juga yang diuar-uarkan oleh pembangkang soal persempadanan semula. Perkara ini tidak berbangkit pun. Dia cuma nak laga-lagakan, nak bagi orang lagi marah,” katanya.
Beliau berkata pembangkang sebaik-baiknya sepatutnya membantu mencari kaedah bagi memperkasakan ekonomi Malaysia serta meringankan beban rakyat.
“Dia nak sibuk ini pasal apa. Carilah modal lain untuk bantu bagaimana nak angkat ekonomi, nak kurangkan beban rakyat. Jangan ajak gaduh sahaja, tak letih ke,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.