PM Anwar beri sumbangan kepada waris 2 mangsa nahas pesawat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga dua mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, minggu lalu.
Menerusi hantaran di akaun Facebooknya, Encik Anwar berkata sumbangan itu disampaikan melalui setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, semalam (25 Ogos) semasa menziarahi waris Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, di Felda Mempaga 1, Karak.
Encik Idris merupakan pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam insiden itu.
Encik Anwar berkata Encik Ahmad Farhan juga menziarahi dan menyampaikan sumbangan beliau kepada keluarga Allahyarham Khairil Azwan Jamaluddin di Kampung Ketari, Bentong.
"Saya turut berdukacita dan mendoakan agar keluarga terus diberikan kekuatan serta ketabahan yang tinggi saat diuji dengan ujian besar ini," katanya.
Pada 17 Ogos lalu, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Encik Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.
Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua anak kapal pesawat itu manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.