Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar beri keutamaan tangani isu kos sara hidup

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar beri keutamaan tangani isu kos sara hidup
Diterbitkan : 25 Nov 2022 01:33PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 10:16PM
PUTRAJAYA: Encik Anwar Ibrahim, yang mula menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri hari ini, menegaskan isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan perpaduan pimpinannya bagi mengurangkan beban dialami rakyat ketika ini. 

Beliau berkata satu pertemuan dengan agensi dan jabatan berkaitan akan diadakan selewat-lewatnya Isnin ini bagi membincangkan isu kos sara hidup termasuk harga barang.

“Walau ada (petanda) positif umpamanya dengan kekuatan ringgit dan juga soal bursa saham yang menunjukkan keyakinan kepada pentadbiran kerajaan sekarang.

“Saya rasa, keutamaan itu harus terhadap kos sara hidup iaitu harga barang yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat,” kata beliau pada sidang media pada hari pertamanya di Perdana Putra di sini.

Encik Anwar hari ini (25 Nov) bertemu dengan pegawai tertinggi kerajaan antaranya Ketua Setiausaha Negara Encik Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Encik Mohd Shafiq Abdullah.
Sumber : Bernama/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa