Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar beri amaran terhadap retorik kaum dan agama di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Jumaat (17 Mac) memberi amaran agar tidak mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di negara itu.

Ini selepas satu program dikendalikan oleh kementeriaan belia bagi orang ramai melawat tempat-tempat beribadah untuk mempelajari agama-agama lain mencetuskan perbahasan.

"Saya tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini. Sebarang usaha oleh sesiapa yang cuba untuk menghangatkan sentimen perkauman atau agama di negara ini tidak akan dibenarkan," tegas Encik Anwar kepada sidang media selepas mesyuarat Kabinet.

Encik Anwar juga berkata agensi keselamatan sudah diarahkan supaya berjaga-jaga terhadap situasi yang boleh memburukkan isu-isu perkauman atau agama.

Menjawab kepada tuntutan beberapa kumpulan bahawa kerajaan Malaysia tidak patut terlibat dalam menganjurkan lawatan ke masjid, Encik Anwar berkata sebarang perselisihan perlu diselesaikan melalui dialog.

Beliau menambah bahawa semua agama mempunyai hak untuk wujud di negara itu.

"Islam adalah agama persekutuan...(dan ia juga) dijamin dalam perlembagaan persekutuan sejak awal, kebebasan dan hak agama-agama lain," kata Encik Anwar.

Pada Jumaat, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Abdul Aziz Bin Mohd Yusof mengutuk program tersebut. Beliau berkata bahawa ia "secara halus dan tidak disedari mempengaruhi" pemuda Islam untuk tertarik kepada agama selain Islam.

"Menerusi penelitian darpada iklan dan risalah yang diagihkan, MAIS percaya bahawa program ini mempunyai elemen yang dapat menarik minat pemuda, terutama pemuda Islam, untuk mempelajari atau meraih ilmu berkaitan agama selain Islam," kata Encik Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa di negeri Selangor, sebarang program yang bertujuan untuk mendesak atau mempengaruhi orang Islam agar mempunyai kecenderungan atau mempunyai minat dalam agama selain Islam, adalah dilarang dan merupakan kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988.

Encik Abdul Aziz menarik perhatian bahawa program itu dihadkan kepada pemuda bukan Islam, seperti yang disebut oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di parlimen.

Namun risalah online dan iklan belum membuat pembetulan untuk menunjukkan sedemikian.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan