Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Anwar bentang taklimat lawatan ke SG kepada Sultan Johor

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar bentang taklimat lawatan ke SG kepada Sultan Johor

(Gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/Facebook)

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempersembahkan taklimat kepada Sultan Johor berkenaan lawatan kerja beliau ke Singapura pada 30 Januari lalu.

Sesi sembah taklimat kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu berlangsung di Seri Perdana, kediaman rasmi beliau di Putrajaya hari ini (4 Feb).

Dalam lawatan rasmi ke Kota Singa sebelum ini, Perdana Menteri berkesempatan menyaksikan tiga perjanjian dimeterai antara Malaysia dan Singapura merangkumi aspek keselamatan siber, digital dan ekonomi hijau.

Dua rangka kerja melibatkan kerjasama dalam ekonomi digital serta ekonomi hijau itu ditandatangani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan rakan sejawatannya, Gan Kim Yong yang mewakili Singapura.

Manakala, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pula mewakili Malaysia bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempromosikan kerjasama dari aspek Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital.

Antara tumpuan lain, lawatan berkenaan turut memfokuskan kepada persetujuan antara kedua-dua negara untuk mengadakan rundingan lebih terperinci terhadap langkah republik itu menambak kawasan sekitar Pedra Branca dalam masa terdekat ini.

Perkara tersebut telah dibangkitkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan