Skip to main content

Dunia

PM Anwar arah 'siasatan menyeluruh' terhadap nahas jet pejuang TUDM di Kuantan

Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar arah 'siasatan menyeluruh' terhadap nahas jet pejuang TUDM di Kuantan

Tangkapan skrin video kejadian yang tular online. (Gambar: Facebook/Alert 5, Facebook/Warga Kuantan Official)

Diterbitkan : 22 Aug 2025 02:30PM Dikemas Kini : 22 Aug 2025 02:32PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan melibatkan pesawat tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pada Khamis (21 Ogos).

Menerusi catatan di laman X pada Jumaat (22 Ogos), Encik Anwar juga meminta pihak berkuasa memastikan langkah keselamatan yang sewajarnya diambil.

Encik Anwar turut menyuarakan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang TUDM yang terlibat dalam insiden itu.

“Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan,” katanya. 

Dua anggota TUDM yang terbabit dalam insiden di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) pada pukul 9.05 malam tadi dilaporkan selamat dan sudahpun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita